Suasana murid-murid sedang memilih bahan bacaan di dalam dewan sekolah.
Pada 7 & 8 April 2011 (Hari Khamis & Jumaat), Pameran Buku Tahunan telah diadakan di Dewan Sekolah. Sebanyak lima pembekal iaitu Tan Mark, Book-Pro, Book Zone, Kedai Buku South East Asia dan pembekal kamus elektronik Apple-Tree telah menyertai Pameran Buku ini. Pameran Buku ini menawarkan saluran untuk memudahkan murid-murid mendapat bahan-bahan bacaan yang sesuai di samping memupuk budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.
No comments:
Post a Comment